APA ITU AIR ALKALI , KHASIAT DAN MANFAATNYA?
Sejak kebelakangan ini, air alkali telah menjadi perbincangan hangat di internet dan media sosial.Ini kerana ramai orang yang menyatakan air alkali sangat bermanfaat dan dapat memberikan kebaikan yang banyak untuk tubuh badan manusia.
Dengan lambakan jenama air dan jenama penapis air dipasaran yang banyak berkongsi kebaikan air alkali, maka perkara ini perlu dikaji semula supaya tidak terpedaya dengan sebahagian dakwaan yang tidak masuk akal.
Benar bahawa kadar PH air memainkan peranan yang signifikan untuk tubuh badan keseluruhannya, namun kini pemakanan rakyat Malaysia yang semakin dicemari dengan pemakanan yang tidak sihat, gula proses, garam berlebihan, bahan kimia perasa tambahan, racun serangga pada sayuran, bahan sintetik, makanan proses dan sebagainya.dapat menyumbang kepada pertambahan kadar asid dalam darah yang mana dapat menyumbang kepada penyakit yang tidak diingini.
Ada yang mengatakan bahawa air beralkali atau air yang PH tinggi adalah air yang terbaik untuk diminum untuk kesihatan kerana ada pelbagai manfaat yang dapat diperolehi daripadanya termasuklah mengurangkan berat badan dan dapat melindungi tubuh badan daripada kanser.
Namun adakah ini kenyataan yang benar atau mitos ? Kami kongsikan hasil ujian berkenaan air alkali dalam posting yang seterusnya selepas ini.TUNGGUUUUUUU
No comments:
Post a Comment