APA ITU AIR ALKALI
Kebiasaannya air alkali dikaitkan dengan air yang mempunyai kadar PH yang tinggi.Air PH rendah pula dikaitkan dengan air berasid.Kerana cara untuk mengukur air alkali dan asid adalah menggunakan PH .
Bagaimana air berasid terhasil adalah apabila terlalu banyak kandungan oin hidrogen dalan air, maka kandungan oksigen menjadi lebih rendah pada sel air.
Kandugan ion hidrogen yang lebih rendah pula bermakna kandungan oksigen yang lebih tinggi yang mana membuatkannya menjadi air yang lebih beralkali.Tidak ada penyakit yang diketahui dapat bertahan dalam keadaan alkali.
Kadar PH yang lebih tinggi membuatkan air alkali sepatutnya menjadi lebih bermanfaat daripada air paip biasa atau mesin masak .Kebiasaannya kadar PH air alkali adalah sekitar 8 hingga 9, namun air paip kebiasaannya ada pada sekitar PH 7.0 dan kebawah.
Air beralkali dapat menyumbang kepada mineral pada tubuh badan supaya tubuh badan dapat berfungsi dengan lebih baik , mineral tersebut seperti kalsium potassium, sodium dan magnesium.
Kandungan alkali dapat mengurangkan impak asid dalam darah melalui 4 mineral utama seperti kalsium, magnesium, sodium dan potassium yang berfungsi untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan dan membuat tubuh kita dapat berfungsi dengan baik.
1-KALSIUM - adalah mineral yang terbanyak dalam tubuh badan kita.Ia penting untuk perkembangan dan penjagaan tulang dan gigi, yang mana 99% kalsium terdapat pada keduanya.Kalsium juga membantu jantung, saraf, otot dan sistem dalam badan untuk berfungsi dengan baik.
2-MAGNESIUM - membantu untuk mengekalkan kesihatan saraf dan otot, membantu untuk menguatkan sistem imunisasi tubuh badan, kadar degupan jantung yang stabildan menguatkan jantung .Ia juga dapat mengawal gula dalam darah dan membantu untuk menjana tenaga dan protien untuk tubuh badan.
3- POTASSIUM - penting untuk fungsi jantung dan ia memainkan peranan penting untuk rangka badan dan penguncupan otot , menjadikan ia penting untuk pencernaan yang baik dan fungsi otot.
4- SODIUM - hampir keseluruhan sodium yang terdapat pada tubuh badan manusia terletak pada darah dan cecair disekeliling sel tubuh badan .Sodium membantu tubuh badan kita dengan mengekalkan kadar cecair dalam tubuh badan dalam keadaan seimbang.Sodium penting untuk saraf dan otot.
Tubuh badan kita berkerja keras untuk memastikan darah dalam badan kita sentiasa berada dalam keadaan alkali, maka mana mana bahagian yang masih mengandungi kandungan mineral maka ia akan diserap bagi memastikan kadar alkali dalam darah seimbang.
No comments:
Post a Comment