CADANGAN PENGGUNAAN AIR ALKALI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
Walaupun ada kajian yang menyatakan bahawa air alkali dapat memberi kesan baik untuk tubuh badan, namun kebanyakkan kajian ini masih belum dapat membuktikan secara kukuh kebaikan tersebut.
Keseimbangan adalah sangat penting dalam pemakanan termasuklah penggunaan air
alkali dalam pemakanan seharian.Selain bergantung kepada air alkali, kita juga perlu seimbangkan pemakanan seharian kita dengan makanan yang kaya nutrisi dan sihat termasuk makanan yang tidak proses, buah-buahan, sayur dan lain-lain untuk kekalkan keseimbangan PH pada tubuh badan kita .
Air alkali tidak dapat menggantikan kebaikan pemakanan sihat yang sebenar.
Jika ingin teruskan air alkali dalam pemakanan harian secara seimbang, maka teruskan Namun pastikan kita kita memilih jenama air atau mesin penapis air yang paling sesuai untuk keluarga kita.
Antara jenama penapis air yang dapat menghasilkan kadar PH air yang agak seimbang termasuklah penapis air Cuckoo yang mana menghasilkan air bermineral dan alkali ringan sekitar PH7.5 yang cukup baik untuk kegunaan seharian.
Seperti yang disebutkan sebelum ini, alkali alkali juga boleh didapati daripada pemakanan sebenar, (bukan makanan proses), buah-buahan dan sayuran.
KESIMPULAN
1-Air alkali mempunyai PH yang lebih tinggi berbanding air biasa dan ia juga mengandungi kandungan kalsium, potasium, sodium dan magnesium yang baik untuk tubuh badan .
2- Apakah PH air biasa?
Air biasa mempunyai PH air sekitar 7.0 dan itu yang membuatkannya ia menjadi neutral.Air alkali kebiasaannya pada PH 8 dan 9.
3- Antara kebaikan air alkali termasuklah mel;ancarkan peredaran darah,
mengurangkan simptom pedih ulu hati, menstabilkan gula dalam darah, baik untuk kesihatan tulang dan menambah baik kadar hidrasi.
4- Kesan air alkali merawat kanser, anti penuaan atau mengurangkan berat badan belum ada bukti yang kukuh untuk menyokong kenyataan tersebut.
5- Air alkali selamat untuk diminum namun turut perlu digantikan dengan pemakanan dan gaya hidup yang sihat untuk memberi kesan baik untuk kesihatan badan keseluruhannya.
6- Air Cuckoo mempunyai PH sekitar 7.5 iaitu pada kadar alkali ringan , bukan alkali tinggi.Maka ia lebih diyakini baik untuk kegunaan harian.
No comments:
Post a Comment